Thursday 7 March 2013

FUNGSI VITAMIN C




Anda nak tahu kenapa kita perlukan vitamin C ini ??


Vitamin C adalah antioksidan, bersama dengan vitamin E, beta-karotena, dan lain-lain nutrien berasaskan tumbuhan. Antioksidan menyekat sebahagian daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas, bahan yang merosakkan DNA. Peningkatan radikal bebas dari semasa ke semasa boleh menyumbang kepada proses penuaan dan dan menyebabkan masalah kesihatan seperti kanser, penyakit jantung, dan artritis.

FUNGSI VITAMIN C
 1.Membantu tubuh badan menghasilkan kolagen iaitu struktur utama dalam saluran darah, gigi, gusi, rambut, kulit , tendon dan ligament.

2.Vitamin C penting untuk mengawal level nitric oxide iaitu bahan kimia semulajadi yang membantu dalam mencegah pengerasan saluran darah oleh itu membantu mencegah
penyakit darah tinggi,sakit jantung ,stroke (angin ahmar),kerosakan buah pinggang dan sebagainya.
Mencegah penyakit barah kerana fungsinya sebagai antioksida yang meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan sel-sel badan.

3.Membantu detoksifikasi bahan pencemar di dalam tubuh badan seperti (plumbum dan raksa)

4. Membantu metabolisme kolesterol di dalam badan justeru mengelakan penyakit batu karang pada hempedu dan mengurangkan kolesterol dalam darah.

5.Mengurangkan tahap penyakit (severity) demam, batuk dan selsema 

6. Membantu dalam penyerapan zat besi yang diperlukan oleh badan untuk pembentukan darah, brains development , kontrol aktiviti otot.jika kurang nya zat besi memberi kesan kepada immune sistem badan kerana T-cell yang diperlukan untuk antibodi berkurang. 

Lihatlah betapa pentingnya Vitamin C dalam tubuh badan manusia.


VITAMIN C BANYAK TERDAPAT DALAM BUAH-BUAHAN BERIKUT :

* oren,lada hijau, tembikai, betik, anggur, tembikai, strawberi, kiwi, mangga, brokoli, tomato, tauge, kubis bunga, kubis, dan jus atau jus sitrus yang diperkayakan dengan vitamin C. Sayur-sayuran berdaun (lobak hijau, bayam), merah dan lada hijau, tomato tin dan segar, kentang, raspberry, blueberry, cranberry, dan nanas juga merupakan sumber yang kaya vitamin C.


MAKLUMAT PENTING !!!

Vitamin C adalah sensitif kepada cahaya, udara, dan haba, jadi kita ingin mendapat vitamin C yang paling tinggi jumlahnya kita perlu makan buah-buahan dan sayur-sayuran mentah atau dimasak ringan

1 comment:

  1. Win Real Money with JackpotCity Casino - Get a 100% Bonus
    Jackpot 바카라사이트 City Casino is an goyangfc.com instant-play and mobile casino, launched in casinosites.one 2017. It https://sol.edu.kg/ is a new online gambling site that features https://jancasino.com/review/merit-casino/ slots, poker, bingo,

    ReplyDelete